Menurut Aljazeera, agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim menafikan laporan daripada Fox News dan saluran lain bahawa pejuang Kurd memasuki Iran.
Memetik tiga wartawannya sendiri di wilayah sempadan Ilam, Kermanshah, dan Azerbaijan Barat, Tasnim berkata, bahawa laporan itu palsu dan “tiada berita” mengenai militan melintasi sempadan Iran.
Pegawai media untuk pakatan parti Kurd Iran juga dilapor berkata pasukannya tidak melancarkan operasi darat, lapor Aljazeera.
Menurut Aljazeera, sebelumnya, agensi berita Associated Press (AP) melaporkan bahawa pegawai AS meminta tentera Kurd Iraq untuk membantu mereka dalam operasi ketenteraan rentas sempadan di Iran, dan tentera sedang “bersedia”.























