Seorang pemuda Palestin dibunuh oleh tentera pendudukan Israel pada petang Jumaat selepas mereka mengepung sebuah rumah di pekan Tell, barat Nablus, lapor agensi berita Palestin WAFA.
Kementerian Kesihatan Palestin dilapor berkata, ia dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Am, Hal Ehwal Awam, bahawa Younes Waleed Mohammad Shtayyeh, 24, sambil menambah bahawa tentera Israel menahan mayatnya.
WAFA mengatakan, menurut laporan tempatan, pasukan khas Israel menyusup ke pekan Tell dan mengepung rumah warga Waleed Shtayeh, diikuti dengan ketibaan beberapa jip tentera dan kenderaan berperisai.
Menurut WAFA, korespondennya melaporkan tentera Israel melepaskan peluru hidup dan bom tangan mengejut di sekeliling rumah yang dikepung, mencederakan Shtayyeh sebelum menahannya.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dilapor berkata, tentera Israel menghalang pasukan perubatannya daripada mencapai lelaki yang cedera itu, sebelum dia kemudiannya diumumkan meninggal dunia.























