Pemain antarabangsa Ecuador, Mario Pineida, meninggal dunia pada Rabu selepas diserang di bandar Guayaquil, kata pasukan Ecuadornya, Barcelona Sporting Club, dalam satu kenyataan, menurut laporan Reuters.
Menurut Reuters, media tempatan melaporkan pemain berusia 33 tahun itu, maut dalam serangan senjata api di luar sebuah kedai di utara Guayaquil.
“Barcelona Sporting Club, dengan penuh kesal memaklumkan bahawa mereka telah dimaklumkan secara rasmi tentang kematian pemain kami, Mario Pineida, satu fakta yang berlaku selepas serangan terhadapnya,” kata kelab itu di media sosial, menurut Reuters.
“Berita malang ini membuatkan kami semua yang merupakan sebahagian daripada institusi ini sangat kecewa…,” tambahnya.
Menurut Reuters, polis Ecuador berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tidak memberikan butiran serangan itu.
Pineida, dilaporkan pernah juga bermain di Fluminense di Brazil dan telah membuat sembilan penampilan untuk Ecuador antara 2015 dan 2021.























