Terdahulu, dilaporkan dua orang terbunuh dan 12 orang cedera dalam serangan di tengah Arab Saudi.
Mereka yang terbunuh adalah warganegara India dan Bangladesh, kata agensi pertahanan awam dalam satu catatan di X, menurut Aljazeera.
Menurut Aljazeera, Pengawal Revolusi Iran berkata sebelum ini bahawa ia menyasarkan sistem radar di lokasi yang termasuk al-Kharj di Saudi, tempat kematian dilaporkan.
Iran mula menyerang sasaran di Israel serta aset tentera AS di negara-negara Teluk selepas serangan awal AS-Israel pada 28 Feb dan pembunuhan Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei.
Kedutaan AS di Arab Saudi dan konsulat AS di Emiriah Arab Bersatu (UAE) diserang dron pada Selasa.























