Seorang pelajar menembak mati sekurang-kurangnya empat orang, termasuk rakan sekelasnya, dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang di sebuah sekolah menengah di selatan-tengah Turkiye, menurut gabenornya, lapor berita Al Jazeera.
Gabenor Mukerrem Unluer memberitahu pemberita, tiga pelajar dan seorang guru terbunuh dalam serangan pada Rabu di wilayah Kahramanmaras, yang katanya dilakukan oleh seorang pelajar di gred lapan, menurut berita disiarkan Al Jazeera, penyerang terbabit juga mati.
“Dia menembak dirinya sendiri. Belum jelas sama ada ini bunuh diri atau berlaku di tengah-tengah kekacauan,” Unluer dilapor berkata.
Menurut berita Al Jazeera, penembakan itu adalah serangan sekolah kedua di negara itu dalam tempoh dua hari, selepas kejadian tembakan pada Selasa di sebuah sekolah menengah di wilayah Sanliurfa di tenggara dilakukan oleh seorang bekas pelajar yang membunuh diri dalam pertempuran dengan polis selepas mencederakan 16 orang.
Unluer dilapor berkata, pelajar yang melakukan tembakan pada Rabu dipercayai menggunakan senjata milik bapanya, seorang bekas pegawai polis.
Pelajar terbabit menyembunyikan senjata di dalam beg galas, memasuki dua bilik darjah dan melepaskan tembakan “secara rawak”, kata Unluer.























