Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu amat bimbang situasi di Venezuela susulan operasi ketenteraan AS di negara itu, kata jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB pada Selasa, menurut laporan Xinhua.
Bercakap pada taklimat akhbar biasa di Geneva, jurucakap Ravina Shamdasani dilapor berkata, Pesuruhjaya Tinggi percaya tindakan AS melemahkan prinsip asas undang-undang antarabangsa – bahawa sesebuah negara tidak boleh mengancam atau menggunakan kekerasan terhadap integriti wilayah atau kebebasan politik negara lain.























