Akaun X Negara Palestin memberi penghormatan kepada Presiden Slovenia Natasa Pirc Musar selepas beliau menentang tindakan perdana menteri sayap kanan baharu negara itu yang memindahkan bendera Palestin dari bangunan kerajaan di ibu negara, Ljubljana, lapor Al Jazeera.
Presiden Natasa mengumumkan bahawa bendera Palestin kini akan dikibarkan selama seminggu di luar istana presiden dan kemudian akan kekal di dalam bangunan “sebagai peringatan kepada semua yang melawat pejabat saya”.



























