Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pembunuhan ketua keselamatan negara Tehran, Ali Larijani, adalah sebahagian daripada usaha untuk memberi peluang kepada rakyat Iran untuk menggulingkan pemerintah mereka, lapor Aljazeera.
“Pagi ini, kami telah menghapuskan Ali Larijani, ketua Pengawal Revolusi, iaitu kumpulan samseng yang sebenarnya mentadbir Iran,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen, menurut Aljazeera.
Dia berkata, penggulingan pihak berkuasa perkeranian (pentadbiran) oleh rakyat Iran “tidak akan berlaku sekaligus, ia tidak akan berlaku dengan mudah. Tetapi jika kita terus melakukannya, kita akan memberi mereka peluang untuk mengambil nasib mereka sendiri.”























