Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Sabtu mendakwa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, mungkin telah terbunuh dalam serangan Israel-AS yang menyasarkan kediamannya di Tehran, lapor Anadolu.
“Pagi ini (Sabtu), dalam serangan mengejut yang kuat, kami memusnahkan kawasan penindas Khamenei,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan video, tanpa memberikan bukti, menurut Anadolu.
“Terdapat banyak tanda bahawa penindas ini sudah tiada.”
Netanyahu dilapor berkata, tokoh-tokoh kanan Iran telah “dihapuskan” dalam serangan itu, termasuk dalam Kor Pengawal Revolusi Islam negara itu dan program nuklearnya.
“Kami akan teruskan. Dalam beberapa hari akan datang, kami akan menyerang beribu-ribu lagi sasaran rejim pengganas,” Netanyahu dilapor berkata.
AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran awal pagi Sabtu, mendakwa ia bertujuan untuk menghapuskan “ancaman” yang ditimbulkan oleh “rejim” Iran.
Sebagai tindak balas, Iran menyasarkan Israel dan pangkalan AS di rantau itu dengan peluru berpandu dan dron.























