Seramai 82 orang disahkan maut manakala dua lagi masih hilang selepas letupan gas lombong arang batu di wilayah Shanxi, utara China pada Jumaat, kata pegawai pada sidang akhbar pada Sabtu, lapor berita Xinhua.
Letupan gas itu melanda lombong arang batu Liushenyu di Daerah Qinyuan pada jam 7:29 malam Jumaat.
Seramai 128 orang menerima rawatan di hospital, termasuk dua dalam keadaan kritikal dan dua dalam keadaan serius.
Pegawai pada sidang akhbar itu mengaitkan angka awal yang tidak tepat dengan huru-hara di tempat kejadian dan kegagalan syarikat untuk memberikan jumlah pekerja yang bertugas dengan tepat, menurut Xinhua.
Gas toksik dan berbahaya di bawah aci lombong telah melebihi had selamat untuk masa yang lama, menimbulkan risiko bencana sekunder.
Syarikat yang terlibat dalam letupan lombong arang batu itu didapati melakukan “pelanggaran undang-undang yang serius”, lapor Xinhua, mereka yang bertanggungjawab ke atas syarikat itu telah diletakkan di bawah kawalan.
Lombong arang batu syarikat itu telah menghentikan pengeluaran untuk baik pulih keselamatan, kata Chen Xiangyang, datuk bandar Changzhi City, yang mentadbir Qinyuan, menurut Xinhua.




























