Letupan kedengaran awal Selasa di ibu negara Iran, Tehran serta bandar Isfahan dan Zanjan di tengah-tengah serangan AS-Israel yang berterusan, berita Anadolu memetik laporan tempatan.
Letupan itu berlaku ketika ketegangan terus meningkat susulan tindakan ketenteraan yang diselaraskan oleh AS dan Israel terhadap Iran sejak bulan lalu.
Presiden AS Donald Trump menyiarkan video tanpa penapisan dan tanpa kapsyen pada Isnin mengenai letupan besar-besaran di tengah-tengah serangan baharu ke atas Iran, menurut Anadolu, terdahulu The Wall Street Journal melaporkan AS menyerang depot peluru besar di Isfahan dengan bom penghancur bunker seberat 2,000 paun.
Memetik seorang pegawai AS, laporan itu mengatakan sejumlah besar penghancur bunker, atau peluru penembus, telah digunakan untuk serangan itu.























