Seorang lelaki Palestin terbunuh pada petang Selasa dan tiga yang lain cedera oleh tentera Israel di bandar Jericho, Tebing Barat, kata Kementerian Kesihatan Palestin, menurut berita Xinhua.
Kementerian itu dilapor berkata dalam kenyataan, Saeed Nael Saeed Al-Sheikh, 24, meninggal dunia akibat kecederaan dialami oleh tentera Israel, sambil menambah bahawa tiga pemuda lain cedera, dengan pelbagai tahap keparahan.
Menurut berita Xinhua, sumber tempatan Palestin memberitahunya, bahawa tentera Israel menyerbu beberapa kawasan kejiranan di bandar itu, yang membawa kepada pertempuran dengan belia Palestin. Sumber itu menambah bahawa tentera melepaskan tembakan peluru hidup ke arah lelaki-lelaki itu, mengakibatkan Al-Sheikh ditembak di dada dan perut. Dia kemudian meninggal dunia di Hospital Kerajaan Jericho.
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dilapor berkata, krunya telah mengangkut orang yang cedera akibat peluru hidup, serta orang lain yang telah dipukul oleh askar.
Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, yang ditawan oleh Israel dalam Perang Timur Tengah 1967, telah menyaksikan peningkatan keganasan yang berterusan sejak 7 Oktober 2023, bertepatan dengan konflik Israel-Hamas di Jalur Gaza. Menurut statistik Palestin, lapor Xinhua, lebih daripada 1,080 rakyat Palestin telah terbunuh di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak tarikh itu.























