Berpuluh-puluh ribu pengembara di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dihantar pulang dalam fasa berturut-turut, kata Menteri Ekonomi dan Pelancongan negara itu, Abdulla Bin Touq Al Marri, lapor Aljazeera.
Fasa pertama merangkumi 17,498 penumpang dalam 60 penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan nasional. Fasa kedua ditetapkan untuk membolehkan lebih 27,000 penumpang melakukan perjalanan dengan 80 penerbangan setiap hari.























