Lebih 40,000 rakyat Filipina yang sepatutnya berlepas bekerja di Israel, Lubnan dan negara-negara Teluk tidak dapat meninggalkan Filipina, lapor Aljazeera memetik Philippine Daily Star.
Kekurangan penerbangan ke Timur Tengah menyukarkan pekerja untuk ke luar negara.
Laporan itu memetik seorang pakar migrasi sebagai berkata bahawa penempatan pekerja ke rantau itu akan terus menurun pada suku kedua dan ketiga tahun 2026.
Pekerja yang sepatutnya berlepas ke rantau itu kini tinggal sementara di pusat penginapan yang disediakan oleh agensi pekerjaan di Manila, atau telah dihantar pulang ke wilayah asal mereka.
Kerajaan Filipina setakat ini telah menghantar pulang lebih 4,000 pekerja Filipina dan tanggungan mereka dari Timur Tengah.
Dianggarkan terdapat 2 juta rakyat Filipina yang bekerja di seluruh Timur Tengah, kebanyakannya di rantau Teluk.























