Kumpulan bersenjata Iraq, Saraya Awliya al-Dam, memperincikan dalam satu kenyataan di saluran Telegramnya pelbagai serangan yang telah dilakukannya terhadap sasaran AS di seluruh rantau itu sejak 15 hari lalu, lapor Aljazeera.
Kumpulan itu berkata ia telah menjalankan 50 serangan, menggunakan roket dan dron terhadap pangkalan AS di wilayah separa autonomi Kurdish di utara Iraq, bersama-sama dengan 21 serangan terhadap Kem Victoria di Baghdad.
Di Syria, kumpulan itu mendakwa 11 serangan yang menyasarkan tentera AS menggunakan dron dan peluru berpandu.
Menurut Aljazeera, kumpulan itu menyatakan ia telah menjalankan 28 serangan dron di seluruh Arab Saudi, Kuwait dan Jordan.























