Hujan lebat membanjiri berpuluh-puluh khemah yang melindungi penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Khan Younis, selatan Jalur Gaza, pada Sabtu, lapor Anadolu.
Pertahanan Awam Gaza dilapor berkata dalam satu kenyataan, pasukannya bertindak balas terhadap situasi itu selepas berpuluh-puluh khemah di kem pelarian ditenggelami air hujan di beberapa kawasan di Al-Mawasi, barat Khan Younis.
Sejak awal Jumaat, Jalur Gaza berada di bawah sistem tekanan rendah disertai dengan jisim udara sejuk dan hujan lebat, menambah penderitaan 1.5 juta orang yang kehilangan tempat tinggal di enklaf dilanda perang itu.
Menurut anggaran Pejabat Media Kerajaan Gaza, 93% daripada semua khemah pemindahan tidak lagi sesuai untuk berteduh—125,000 daripada jumlah keseluruhan 135,000—disebabkan faktor cuaca dan kerosakan dialami akibat pengeboman Israel.
Israel dilaporkan terus menyekat kemasukan bahan perlindungan seperti khemah dan rumah bergerak, mengingkari kewajipannya di bawah perjanjian gencatan senjata yang mula berkuat kuasa pada 10 Okt lalu.
























