Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, yang terbunuh pada hujung minggu lalu dalam serangan AS-Israel, akan dikebumikan di kota suci Mashhad, berita Aljazeera memetik laporan agensi berita Fars.
Khamenei, yang meninggal dunia pada usia 86 tahun selepas memimpin negara itu selama 36 tahun, berasal dari Mashhad, bandar kedua terbesar Iran, tempat bapanya dikebumikan di makam Imam Reza.
Tiada tarikh pengebumian didedahkan.























