Sebuah peluru berpandu Iran melanda terus sebuah bangunan di bandar Bnei Brak, dekat Tel Aviv di tengah Israel, menyebabkan pelbagai kecederaan, berita Anadolu memetik laporan media tempatan pada Sabtu.
Peluru berpandu itu menghentam sebuah bangunan di Bnei Brak, mencederakan beberapa rakyat Israel, Anadolu memetik Yedioth Ahronoth dan Channel 12.
Terdahulu, tentera Israel dilapor berkata ia telah mengesan rentetan peluru berpandu baharu yang dilancarkan dari Iran sebagai sebahagian daripada serangan petang ke arah wilayah Israel.
Siren serangan udara berbunyi di beberapa kawasan di tengah dan selatan Israel susulan pelancaran itu.
Pihak berkuasa Israel mengekalkan penapisan ketat mengenai kerugian akibat tembakan peluru berpandu Iran, termasuk bilangan projektil yang mendarat dan lokasi impaknya, menurut laporan media Israel, lapor Anadolu.
Pada pagi Sabtu, AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran, mendakwa ia bertujuan untuk menghapuskan “ancaman” yang ditimbulkan oleh “rejim” Iran.
Sebagai tindak balas, Iran menyasarkan Israel dan pangkalan AS di rantau itu dengan peluru berpandu dan dron.























