Kebakaran berlaku pada Selasa di syarikat penapisan minyak di Bandar Perindustrian Jannat Abad, dengan pasukan pemadam kebakaran dan kecemasan dari wilayah Semnan dan Tehran berusaha mengawal kebakaran itu, lapor berita Mehr.
Mehr mengatakan, menurut laporan tempatan, kebakaran berlaku di Syarikat Penapisan Minyak Eyvanki di Bandar Perindustrian Jannat Abad di daerah Eyvanki di wilayah Semanan, menyebabkan pasukan tindak balas kecemasan segera dihantar.
Menurut Mehr, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan maklumat mengenai kemungkinan kecederaan atau kematian.
Punca kebakaran dikatakan masih belum diketahui dan akan ditentukan susulan siasatan oleh pakar berkaitan.
























