Menurut laporan Aljazeera, Trump menambah dalam ucapan kepada ahli politik Republikan bahawa serangan itu akan berterusan “sehingga musuh dikalahkan sepenuhnya dan muktamad”.
“Kami melakukan sedikit excursion kami merasakan kami perlu melakukan itu untuk menyingkirkan sesetengah orang,” kata Trump mengenai serangan AS-Israel yang mengorbankan lebih 1,200 rakyat Iran dalam 10 hari perang.
“Kami telah menang dalam banyak cara, tetapi kami belum cukup menang.”























