Jumlah kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 1,094 sejak permulaan serangan Israel yang diperluas pada 2 Mac, kata Kementerian Kesihatan pada Rabu, menurut berita Anadolu.
Menurut Anadolu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Kebangsaan (NNA) Lubnan, kementerian itu berkata jumlah mereka yang cedera dalam tempoh yang sama mencecah 3,119.
Kementerian itu menambah bahawa 121 kanak-kanak dan 81 wanita adalah antara orang yang terkorban.
Sepanjang 24 jam lalu, kementerian itu berkata, kira-kira 22 orang terbunuh dan 153 yang lain cedera di seluruh Lubnan.
Tentera Israel telah menggempur Lubnan dengan serangan udara dan melancarkan serangan darat di selatan Lubnan sejak serangan rentas sempadan oleh Hizbullah pada 2 Mac lalu.
Peningkatan semasa ini susulan permulaan serangan bersama AS-Israel ke atas Iran pada 28 Feb lalu.























