Jabatan Pertahanan AS akan mengeluarkan laporan penuh siasatan terhadap pengeboman sebuah sekolah di Minab, Iran pada 28 Feb lalu, yang menyebabkan lebih 160 pelajar perempuan terbunuh, kata jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt, lapor Aljazeera.
Leavitt berkata, siasatan masih dijalankan, tetapi Presiden Donald Trump akan menerima penemuannya — tanpa mengira apa pun penemuannya.
Bukti setakat ini menunjukkan bahawa peluru berpandu Tomahawk buatan AS meletup dekat sekolah itu, dalam serangan paling dahsyat ke atas Iran sejak pelancaran perang AS-Israel ke atas negara itu.























