Beberapa orang mengalami kecederaan ringan selepas roket yang dilancarkan dari Lubnan terhempas ke tengah Israel, lapor Aljazeera.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di X, tentera itu berkata kebanyakan roket yang dilancarkan telah dipintas, tetapi dua projektil jatuh di kawasan berbeza tanpa amaran.
Siasatan bersama oleh Perintah Barisan Dalam Negeri Israel dan tentera udara mendapati roket itu dikesan tetapi tidak dipintas tepat pada masanya.























