Tentera Israel berkata mangsa termasuk dua askar berusia 21 tahun, seorang askar berusia 22 tahun dan seorang askar keempat yang butirannya tidak didedahkan kerana “namanya belum dilepaskan (cleared) untuk penerbitan”, lapor Aljazeera.
Sekurang-kurangnya 10 askar Israel kini telah terbunuh di selatan Lubnan sejak 2 Mac lalu ketika Israel meluaskan pencerobohannya ke negara itu.























