Syarikat Am Pelabuhan Iraq berkata pada Rabu ia menyelamatkan lebih 20 anggota kru dari sebuah kapal tangki minyak asing yang diserang di perairan serantau, menurut berita Anadolu memetik laporan Agensi Berita Iraq (INA).
“Kru pelabuhan Iraq berjaya menyelamatkan kru sebuah kapal tangki minyak asing yang diserang di perairan serantau — lebih 20 orang,” kata pengarah syarikat itu, Farhan al-Fartousi.
Dua kapal tangki minyak dilaporkan diserang di perairan serantau dekat Pelabuhan Basra Iraq, menurut media tempatan, menyebabkan kebakaran besar pada salah satu kapal tangki terbabit.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Iraq belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.























