Iraq berkata pada petang Khamis, pasukannya menembak jatuh empat dron berani mati yang menyasarkan unit tentera di Nineveh di utara negara itu, lapor Anadolu.
Satu kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Iraq berkata empat dron yang sarat dengan bahan letupan menyasarkan unit kejuruteraan Divisyen Infantri ke-14 di Nineveh, tetapi telah dipintas di daerah Makhmour sebelum sampai ke sasaran mereka.
Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.
Kenyataan itu berkata pihak berkuasa sedang meneliti keadaan kejadian itu, menekankan bahawa angkatan tentera Iraq kekal pada “tahap tertinggi” kesediaan untuk menghadapi ancaman yang menyasarkan keselamatan dan kestabilan negara.























