Duta Iran ke Arab Saudi, Alireza Enayati, berkata negaranya menghargai ikrar Arab Saudi untuk tidak membenarkan ruang udara atau wilayahnya digunakan semasa perang yang sedang berlangsung dengan AS dan Israel, lapor Aljazeera.
“Kami menghargai apa yang telah kami dengar berulang kali daripada Arab Saudi – bahawa ia tidak membenarkan ruang udara, perairan atau wilayahnya digunakan terhadap Republik Islam Iran,” katanya kepada AFP, lapor Aljazeera.
Sebelum tercetusnya perang, Riyadh telah memberikan sokongannya kepada usaha diplomatik untuk meredakan ketegangan antara Tehran dan Washington dan berikrar bahawa ruang udaranya tidak akan dibenarkan digunakan untuk serangan terhadap Iran.























