Timbalan Menteri Pertahanan Iran, Reza Talaei-Nik menyampaikan mesej yang menentang keadaan perang sebagai tindak balas kepada penilaian AS bahawa keupayaan ketenteraan Tehran telah merosot, lapor Aljazeera.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh media Iran, Talaei-Nik berkata serangan berterusan terhadap negara-negara di rantau itu menunjukkan bahawa pasukan Iran boleh bergantung pada “rizab strategik dan pengeluaran domestik”.
Dia mendakwa pelaburan selama dua dekad dalam pengeluaran senjata, terutama peluru berpandu dan dron, membolehkan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menyerang sasaran dengan “ketepatan dan keberkesanan”.
Taleei-Nik berkata, serangan peluru berpandu IRGC, dron dan unit tentera laut yang menggunakan peluru berpandu jelajah dari pantai, kapal dan kawasan pedalaman menunjukkan “peningkatan ketepatan serangan” berbanding minggu-minggu awal perang.
Berkenaan Selat Hormuz, dia berkata angkatan tentera Iran secara de facto mengawal dan menentukan keselamatan laluan air, yang dilalui 20 peratus bekalan minyak dan gas asli cecair global.























