Menurut Aljazeera, agensi berita Tasnim Iran, memetik tentera Iran, melaporkan bahawa Iran “menyasarkan pusat teknologi siber dan kemudahan pembuatan senjata milik polis Israel”.
Laporan itu mengatakan tentera “menyasarkan pusat teknologi siber rejim Zionis dan kompleks pembuatan senjata Rafael dengan serangan dron sejak pagi ini”.























