Iran melancarkan satu lagi tembakan peluru berpandu ke Israel petang ini (Selasa), kata Pengawal Revolusi, menurut laporan Aljazeera.
“Gelombang keenam belas ‘Operasi Janji Sejati 4’ telah bermula dengan sejumlah besar peluru berpandu dan dron yang dilancarkan oleh pasukan aeroangkasa Pengawal Revolusi ke tengah-tengah wilayah [Palestin] yang diduduki,” kata satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Fars, lapor Aljazeera.
Israel berkata ia melancarkan serangan udara terhadap pelancar peluru berpandu Iran dan tapak penyelidikan nuklear pada Selasa.
Presiden AS Trump berkata pada Isnin bahawa empat objektif kempen ketenteraan adalah untuk memusnahkan keupayaan peluru berpandu Iran, menghapuskan tentera lautnya, menghalangnya daripada mendapatkan senjata nuklear, dan memastikan ia tidak dapat terus menyokong kumpulan bersenjata bersekutu.























