Tentera Iran mengumumkan pada Sabtu bahawa pasukannya telah memusnahkan 12 dron tempur dan peninjau Israel di pelbagai bahagian negara sejak beberapa jam lalu, menurut jabatan perhubungan awam tentera, lapor berita Almayadeen.
Dilaporkan pemintasan itu dilakukan oleh rangkaian bersepadu pangkalan pertahanan udara Khatam al-Anbia.
Menurut Almayadeen, agensi berita Tasnim melaporkan bahawa pertahanan udara menembak jatuh sebuah dron Hermes Israel di Tabriz, sementara sumber tentera yang dipetik oleh saluran yang sama mengesahkan tiga dron Hermes telah ditembak jatuh di Tabriz, Khamin, dan Ahvaz.
Almayadeen menyatakan, agensi berita Fars secara berasingan melaporkan bahawa dua dron Hermes Israel telah dipintas di Isfahan di tengah Iran.























