Iran mendakwa Amerika Syarikat (AS) menghalang operasi menyelamat selepas kapal frigat Dena karam awal bulan ini.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Esmaeil Baghaei berkata kapal itu telah dijemput oleh Tentera Laut India untuk mengambil bahagian dalam latihan tentera laut bersama dan lawatan pelabuhan apabila ia diserang dekat pantai India dan Sri Lanka pada Rabu, lapor Aljazeera.
Menurut Aljazeera, Baghaei dalam satu catatan di X menyifatkan serangan itu sebagai “tindakan kejam yang menyamai jenayah perang” dan mendakwa bahawa Amerika Syarikat telah “sengaja menghalang operasi menyelamat untuk kelasi”.
Iran berkata, 104 kelasi terbunuh dalam kejadian itu.
Terdahulu, dilaporkan mayat 84 kelasi telah dikenal pasti dan akan dihantar pulang ke Iran dengan kerjasama kerajaan Sri Lanka.























