Hizbullah menafikan mempunyai sebarang ahli di Kuwait sehari selepas negara Teluk itu mengumumkan penangkapan 14 rakyat Kuwait dan dua warga Lubnan yang didakwa bersekutu dengan kumpulan itu atas “plot sabotaj”, lapor Aljazeera.
“Hizbullah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri Kuwait”, kata kumpulan Lubnan yang disokong Iran itu dalam satu kenyataan, menyifatkan dakwaan itu “tidak berasas” dan menambah, “Tiada sel, ahli atau rangkaian Hizbullah di Kuwait.”























