Hizbullah berkata pejuangnya melancarkan 26 serangan terhadap pasukan penceroboh Israel yang berada di dalam wilayah Lubnan pada Selasa, menurut Al Jazeera.
Al Jazeera melaporkan, menurut satu kenyataan, pejuang kumpulan itu terlibat dalam pertempuran darat dengan pasukan dari tentera Israel yang cuba mara ke sekitar pekan Haddatha.
Kumpulan itu juga melaporkan ia menyasarkan perhimpunan tentera Israel di pelbagai pekan, termasuk Rachaf, Naqoura, al-Bayyadah dan lain-lain dengan dron, roket dan bedilan artileri.



























