Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud melanda Asaluyeh di wilayah Bushehr, selatan Iran pada pagi Ahad, berita Anadolu memetik media kerajaan.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 18 kilometer (11 batu), lapor Agensi Berita Iran IRNA, menurut Anadolu.
Ia direkodkan 24 kilometer (15 batu) dari Asaluyeh, 32 kilometer (20 batu) dari Kushknar di wilayah Hormozgan, dan 45 kilometer (28 batu) dari Galehdar di wilayah Fars, kata agensi itu.
Tiada laporan segera mengenai korban atau kerosakan setakat ini.























