Pelbagai letupan telah menggegarkan ibu negara Iraq, Baghdad, dengan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah bangunan digunakan oleh kumpulan disokong Iran dan serangan dron terhadap kedutaan AS, menurut saksi dan sumber keselamatan, lapor Aljazeera.
Serangan maut di daerah Jadiriya di Baghdad itu menyusuli bunyi letupan dari dekat kawasan Kedutaan AS di Zon Hijau Baghdad yang dikawal ketat.
Video dan gambar, yang disahkan oleh Al Jazeera, menunjukkan api dan asap naik dari dekat Kedutaan AS, manakala rakaman lain menunjukkan pertahanan udara memintas beberapa dron di langit dekat kawasan itu.
Aljazeera melaporkan, menurut agensi berita Reuters, sistem pertahanan udara C-RAM kedutaan menembak jatuh sekurang-kurangnya dua dron pada awal pagi, manakala dron ketiga melanda di dalam kawasan itu. Memetik seorang saksi, ia berkata api dan asap yang dilihat di kawasan itu naik dari dalam kawasan itu.























