Dua kelasi Amerika cedera dalam kebakaran bukan berkaitan pertempuran di kapal pengangkut pesawat USS Gerald Ford, kata tentera AS, menurut berita Aljazeera.
Kebakaran itu berpunca daripada kawasan dobi utama kapal itu, kata CENTCOM, sambil menambah bahawa tiada kerosakan pada loji pendorong kapal dan kedua-dua askar itu berada dalam keadaan stabil.
“Kapal pengangkut pesawat masih beroperasi sepenuhnya,” katanya.























