Yariv Oppenheimer, seorang aktivis hak asasi manusia Israel, berkata kerajaan Israel mesti “bertanggungjawab” kerana mendakwa Iran hampir kehabisan senjata sedangkan serangan Iran ke atas negara itu berterusan, lapor Aljazeera.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di X, Oppenheimer menulis bahawa pihak berkuasa “tidak memberitahu” orang ramai Israel mengenai bagaimana pemintas negara itu gagal menentang serangan terbaru Iran.
“Mereka tidak memberitahu kami berapa banyak peluru berpandu yang ditembak ke Israel, berapa banyak peluru berpandu yang berjaya menghentam sasaran mereka, berapa banyak pelancar yang sebenarnya dimusnahkan, dan berapa banyak pelancar dan peluru berpandu yang masih tinggal,” kata Oppenheimer.
Aktivis dan ahli politik itu mengeluarkan kenyataan itu susulan serangan Iran ke atas Dimona dan Arad, yang menyebabkan lebih 100 orang cedera, termasuk kanak-kanak.
“Cukuplah menipu orang ramai dan beritahu apa yang mereka mahu dengar. Cakap yang benar,” kata Oppenheimer dalam catatan berasingan di X, lapor Aljazeera.























