Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) berkongsi video buat kali pertama yang menunjukkan pekerja dan sukarelawannya menyelamatkan orang cedera dalam serangan udara AS dan Israel ke atas Iran, sebelum gencatan senjata semasa, lapor Al Jazeera.
Video itu menurut Al Jazeera, menunjukkan ramai orang ditarik keluar dari runtuhan yang diliputi habuk selepas seluruh bangunan musnah dalam serangan pengeboman, yang kebanyakannya kelihatan seperti bangunan kediaman bertingkat.
“Pekerja bantuan IRCS menyelamatkan lebih 7,200 orang hidup-hidup dari bawah runtuhan semasa perang,” yang berterusan dari 28 Februari sehingga gencatan senjata pada 8 April, kata organisasi kemanusiaan itu dalam satu catatan di media sosial, lapor Al Jazeera.



























