Seorang budak lelaki berusia 13 tahun meninggal dunia pada Khamis selepas diserang oleh seekor jerung semasa berenang di pantai di Olinda, di negeri Pernambuco di timur laut Brazil, kata pegawai perubatan, lapor berita Xinhua.
Serangan itu dilaporkan berlaku di pantai Praia Del Chifre, di mana mangsa berenang bersama rakan-rakannya walaupun terdapat tanda amaran aktiviti jerung yang kerap.
Saksi dilapor berkata budak lelaki itu diserang dari belakang, menyebabkan kecederaan parah. Dia dibawa ke hospital di Olinda dan meninggal dunia akibat kehilangan darah.
Menurut Jawatankuasa Negeri untuk Pemantauan Insiden Jerung, Pernambuco telah mencatatkan 82 serangan jerung sejak 1992, termasuk 27 kes maut.
Pihak berkuasa dilapor berkata, pantai di Recife dan Olinda mempunyai tanda amaran yang menghalang aktiviti berenang kerana risiko tinggi pertemuan jerung. Kawasan itu merupakan destinasi pelancongan yang popular, terutama semasa musim karnival.























