Ramai orang cedera pada Selasa dalam letupan kimia besar di kilang pulpa dan kertas Nippon di negeri Washington, barat laut AS, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Anadolu.
Jabatan bomba di bandar Longview dilapor berkata dalam satu kenyataan di Facebook bahawa kru kecemasan bertindak balas terhadap letupan itu sekitar jam 7.30 pagi waktu tempatan dan memberi amaran kepada penduduk supaya mengelakkan Industrial Way dan kawasan sekitarnya sementara kru terus bekerja di tempat kejadian.
Jabatan itu menyifatkan kejadian itu sebagai “tindak balas kecemasan aktif” dan berkata maklumat tambahan akan dikeluarkan sebaik sahaja ia tersedia.
Pihak berkuasa tidak segera memberikan butiran mengenai bilangan yang cedera atau punca letupan itu.
Kemudahan Pembungkusan Nippon Dynawave terletak dekat Sungai Columbia di sempadan dengan negeri Oregon.




























