Seorang bayi Palestin berusia tujuh bulan meninggal dunia selepas parah apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah kereta keluarganya dekat Hebron di Tebing Barat yang diduduki, menurut berita Al Jazeera.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata Sam Fahd Abu Haikal dan ibu bapanya ditembak di Tel Rumeida, selatan Hebron, menurut Al Jazeera.
Menurut Al Jazeera, agensi berita WAFA melaporkan bahawa bapa budak lelaki itu ditembak di tangan manakala ibunya terkena peluru yang kena rahang Sam. Keluarga itu dalam perjalanan untuk melawat nenek Sam pada masa kejadian tembakan maut itu.



























