Kementerian Dalam Negeri Bahrain berkata sebuah kemudahan di kawasan infrastruktur minyak telah diserang, lapor Aljazeera.
“Satu kemudahan di Maameer telah disasarkan, dan pihak berkuasa berkaitan sedang mengendalikan kejadian itu”, katanya dalam satu catatan di media sosial, lapor Aljazeera.
Maameer merupakan rumah kepada kilang penapisan Syarikat Petroleum Bahrain, bersama beberapa kilang lain yang menghasilkan bahan termasuk konkrit dan asfalt.























