Negara Teluk itu berjaya memusnahkan 74 peluru berpandu dan 92 dron sejak Iran mula melancarkan serangan ke atas sasaran di seluruh Timur Tengah, kata tentera Bahrain, menurut berita Aljazeera.
Ia tidak memberikan angka untuk pintasan yang gagal.
“Perintah Am menyatakan bahawa penggunaan peluru berpandu balistik dan dron untuk menyasarkan infrastruktur awam dan harta persendirian merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutama prinsip perbezaan dan perkadaran,” menurut kemas kini yang dikongsi di media sosial, lapor Aljazeera.
“Serangan sembarangan dan keji ini mewakili ancaman langsung kepada keamanan dan keselamatan serantau.”























