Kementerian Pertahanan Negara Turki berkata pada Ahad, seorang anggota Angkatan Tentera Turki dan dua juruteknik ASELSAN adalah antara tujuh orang yang terbunuh dalam nahas helikopter di Qatar, lapor Anadolu.
Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan bahawa kerjasama ketenteraan dan aktiviti penyelarasan antara Turki dan Qatar berterusan tanpa gangguan sebagai sebahagian daripada perjanjian dan rancangan sedia ada.
Kenyataan itu berkata sebuah helikopter milik Angkatan Tentera Qatar, yang menjalankan aktiviti latihan di bawah Perintah Pasukan Gabungan Qatar-Turki, terhempas ke laut pada petang Jumaat akibat kerosakan teknikal, menurut penemuan awal.
“Dengan pelancaran operasi mencari dan menyelamat, bangkai helikopter dan mayat para korban telah ditemui. Dalam kemalangan itu, empat anggota Angkatan Tentera Qatar, seorang anggota Angkatan Tentera Turki, dan dua juruteknik anggota ASELSAN telah terkorban,” kata kenyataan itu.























