Seorang askar Perancis terbunuh dalam insiden tembakan tidak sengaja semasa misi di Lubnan, kata Tentera Perancis pada Rabu, lapor Xinhua.
Askar terbabit dikenal pasti sebagai Prebet Kelas Pertama Florian Gillet, dalam satu pengumuman di media sosial oleh Jeneral Pierre Schill, ketua kakitangan tentera Perancis.
Gillet telah dikerahkan ke Lubnan sebagai sebahagian daripada misi perkongsian operasi untuk menyokong Angkatan Tentera Lubnan, kata Schill, sambil menyatakan bahawa dia secara tidak sengaja ditembak semasa persediaan untuk latihan.



























