Jabatan Negara AS dilapor mengeluarkan satu lagi kenyataan yang meminta tip mengenai rangkaian kewangan Hizbullah.
Menurut berita Al Jazeera, Jabatan Negara dalam satu catatan di X, menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai “rangkaian kewangan, pemimpin atau ejen” kumpulan itu untuk melaporkannya kepada talian tip keselamatannya.
Ia dilapor berkata, ganjaran untuk maklumat yang mengganggu pembiayaan Hizbullah boleh mencecah sehingga $10 juta.



























