Kira-kira 200 tentera AS cedera semasa perang dengan Iran, termasuk 10 “parah”, menurut jurucakap Perintah Pusat AS, Kapten Tim Hawkins, lapor Aljazeera.
Dia berkata, 180 anggota perkhidmatan telah kembali bertugas. Kecederaan termasuk luka bakar, kecederaan otak traumatik dan luka serpihan.
Pegawai tentera mengatakan banyak serangan melibatkan dron sehala Iran.
Pengerusi Ketua Staf Bersama, Jeneral Dan Caine berkata minggu lalu bahawa dron sedemikian bertanggungjawab atas kebanyakan kecederaan.
Sekurang-kurangnya 13 tentera AS telah terbunuh sejak perang Israel-AS ke atas Iran bermula pada 28 Feb, menurut Aljazeera.























