Rumah Putih mempertikaikan dakwaan Setiausaha Tenaga AS Chris Wright — yang dibuat terdahulu pada Selasa — bahawa tentera laut negara itu mengiringi sebuah kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz, di tengah-tengah ketegangan mengenai aliran minyak dan gas melalui saluran sempit itu.
Bercakap pada taklimat media, jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, sebenarnya, Tentera Laut AS setakat ini belum mengiringi mana-mana kapal melalui selat terbabit.
Wright, yang telah membuat dakwaannya di X, telah memadamkan catatan terbabit.























