Kementerian Kesihatan Lubnan berkata serangan berterusan Israel ke atas negara itu membunuh sekurang-kurangnya 3,613 orang dan mencederakan 11,072 yang lain antara 2 Mac lalu dan 7 Jun, lapor Al Jazeera.
Israel menyerang pinggir bandar selatan Beirut tanpa amaran pada Ahad, beberapa hari selepas perjanjian gencatan senjata di Washington berkuat kuasa dan meskipun terdapat permintaan AS untuk tidak menyerang ibu kota Lubnan, menurut Al Jazeera.
Iran, sekutu Hizbullah, sebelum ini dilaporkan memberi amaran bahawa serangan ke atas Beirut akan memperbaharui perang skala penuh.



























